Wednesday, August 25, 2010

Geylang Si Paku Geylang

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

“Geylang si paku Geylang. Geylang si rama-rama~ Pulang marilah pulang, marilah pulang bersama-sama~ Pulang marilah pulang, marilah pulang bersama- sama.”

Teringat tak lagu yang sering dinyanyikan waktu kecil- kecil dulu? Haa!
Asal boleh hembus tapi makna pun tak tahu kan. Okk. Sempena bulan mulia ini, i nak sampaikan mesej- mesej kepada orang kita terutamanya di luar sana. Buuuuukan ceramah. Mesej akan disampaikan secara ringkas memandangkan i tengah demam panas sewaktu mengarang ni. But yea, terpaksa bercengkang mata kerana i miss this blog.

Anyways, topic kita kali ini adalah mengenai Geylang! Yes Geylang Serai, bazaar Ramadhan, heloo, what were you thinking? Nak Geylang lorong, tunggu k~ Erm2! Seperti tahun- tahun yang lalu, i tak akan lepaskan peluang untuk ke Geylang, untuk menjamu selera, menghidu peluh orang yang berpusu- pusu di sekeliling, mencuci mata akan baju- baju dan barang- barang baru, mencubit pipi baby yang kat depan tu. Deria semua on der. So so so, yang pertama kali waktu i ke sana dengan keluarga, macam tak sesak. I ternampak banyak barang Upin&Ipin. Oh i suka! Ada belon, ada patung, ada yang macam wayang kulit tu. Kawaii!! Hehe. Nothing much on the first visit.

Second visit. Ke sana dengan laki i. Maklumla dia terlalu sibuk dengan kerja, nak harapkan hujung minggu je dapat tengok dia sehari. Kita sepatutnya berbuka puasa dengan kawan- kawan i dan kawan- kawan i punya kawan- kawan dan kawan- kawan i punya kawan- kawan punya kawan- kawan gitu. Kesemuanya, tiga puluh orang. Terperanjat juga kan bila tengok meja berderet. Tetapi memandangkan kita kesuntukkan masa dan hanya boleh order lepas waktu berbuka, my husband and i ke tempat abang angkat dia. Phew! Lapang sikit~ Makanan pun saaap da ada.

Apabila menuju ke tempat abang angkat dia, i pun ada fikir- fikir, da buka ke belum? Dan i ternampak seorang perempuan, tindik kening, pakai baju off shoulder ni minum redbull. I pun “Da buka ke? Da buka ke? Saya lapar ni.” Perempuan tu pandang i semacam. Laki i pun “Belum. Tu tak puasa!” Dan i terdengar orang lain cakap “Tak malu, tak puasa, nak mimum depan orang.” Seriously, i da pernah melalui semua ini. Fikir- fikir balik, kental sak. Da la tak puasa. Setakat lagi beberapa minit waktu berbuka, kau nak minum air kat khalayak ramai. Kalau kau uzur pun, gi one corner uh ke gi sorok bawah meja abang buat burger tu. Kalau daging jatuh ke pe, kau dapat juga makan kan.

Enough! Pfft. I taknak terbawa- bawa pula. Tak guna puasa kalau nak mengumpat je. To all those yang ke Geylang ataupun mana- mana public places la eh, dinasihatkan untuk mensihatkan orang- orang yang sebegini;

  1. Yang merokok- we all know you gian bang/kak. Tu sebab ada bulan ni. Untuk menahan segala nafsu.

  1. Yang memakan atau meminum- da sah tak hormat bulan ni langsung. Ada yang sanggup step jadi bangsa lain, beli makanan dari gerai yang jual oink2 tu. Jijik!

  1. Yang berpakaian terdedah- oops! Minta derma sempena bulan ni eh? Berapa sen you nak i selitkan kat tengah- tengah tu? I rasa orang macam you, sepuluh sen cukup? Atleast banyahk dari satu sen.

Harap maklum. Mungkin ada lagi golongan- golongan yang i tak terakan. Okk. Ni pula, tips untuk berpakaian sederhana bila ke bazaar- bazaar k.

  1. Seluar panjang atau skirt panjang, kalau boleh, semuanya bawah paras lutut.

  1. T-shirt je da cukup. NO tank tops/ off shoulders, MAYBE sleeveless accepted. Depends ok. Dan, ni bukan nak gi club. LOL.

  1. Kalau boleh, kasut ye. Sayangila kuku kaki anda. Haha.

  1. Yang suka berdandan, makeup, biar natural. NO NEED to makeup macam drag queen. Makeup tebal- tebal nanti cair~ Gi bazaar, bukan untuk cari jodoh eh~ Kalau ye pun, lelaki tak suka perempuan yang makeup tebal.

  1. Rambut maintain. Khakhakha! Set rambut biar moderate. Nak tinggi- tinggi, masuk bazaar, kalau keluar rambut flat, padan muka.

So so so~ Da kan da kan? Seeeeet! Anyways, don’t forget to visit salah satu kedai kegemaran i, Mellow Fellow, yang bersebelahan Skutah, di Kg. Melayu. Bulan ni, ada promotion. Yang ready, below $20, custom made, around $25.

Ciao!

Wednesday, August 4, 2010

Nak matikan saudara Islam sendiri buat apa?

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

Designs? Cuttings? Spirits? I'm sure most of you pernah terdengar pasal ni kan? I of course la ada support design2 tertentu. Dulu zaman sekolah, campur sana, campur sini, so adalah macam naturally supportive of them kan. Lagipun, family i ada main sana, ada main sini, kawan baik i waktu sekolah lagi, dari team berlawanan. But we still manage to get along well. Wah~ Dah Macam Romeo and Juliet pula kan. But helo! Ni zaman modern! Penutup cerita, tak perlu macam tu! Tak perlu ada yang mati! Cuma nak taknak berkawan je.

Kita semua saudara- saudari Islam. I know at this point of time korang ada yang mengeluh. No, i bukan nak lecture. Tapi bukankan Islam mengajar kita untuk menghormati sesama sendiri. Okaaay~ Im not certified to give a ceramah but hey, straight to the point, BASIC courtesy uh bey~. By the way, makcik yang complain kepada Berita Harian tentang memekaknya escort- escort ni semua, maaf ye? Bukannya selalu jiran awak jadi raja/ permaisuri sehari. :) Must have grand entrance you know. :P Sesiapa yang still not happy, keep on writing in, keep on reporting, police tak boleh buat banyak pasal ni bukan macam main baju.

Walaupun i da lama tak 'membabit'kan diri dalam hal-hal mereka, mereka tetap di dalam jiwa. Maaf ler wahai saudara~ Belum sempat ambil lesen, da accident. Macam mana? LOL! Anyway, sekian lama of not going into Youtube, akhirnya i view juga video- video tuuuuu~ Kalau korang nak mengumpat pasal team(reveal pun no use), yang suka kilas dan jatuhkan budak- budak melayu kita, ok la sikit kan.

I TAK HAPPY bila i da search!! NONO!! because one of the latest video is this!! ;


Ingatkan da cukup da darah up dulu. Amacam boleh gini kan? Sesiapa yang main design- design. Tolong, hormat sesama diri sendiri, please? Kita semua saudara- saudari.

Other videos found on youtube; (take note) ada yang da lama. I bukan nak ungkit- ungkitkan tapi sedar can?



Yang ni embedding disabled so click on the link ok?

Jangan oh jangan~ Tak suka biarkan je. Bukan dapat duit buat gini. Entah- entah, ada Surah kat celah helmet tu, korang main tendang- tendang, main seret- seret je.
"Wahai manusia, sedarlah dirimu~ Hidup di dunia hanya sementara~"




Tuesday, July 27, 2010

Kalau lelaki ada floating caps, perempuan pun boleh banggakan.. .. ..

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

Ada hari tu, lepas i temankan girlfriend ke doktor, kita pergi ke hujung Singapore. Best nya sekian lama terperap kat hujung sebelah sini. I miss hujung sebelah sana. Had a great day. Malamnya kami berpisah pasal i nak jumpa kawan, pergi makan lagi. Sementara tunggu dia, i perhatikan sekeliling. Biasa der.. wa suka people watch. Hhe. I tengok, ramai juga budak- budak yang berkeliaran walaupun da malam. Happening eh hujung sebelah sana tu. Dan i pun dapat perhatikan sesuatu. Handshake handshake, hug for girls, chest to chest for guys. Eh tu common la kan untuk budak- budak umur gitu. I pun dulu macam tu, tapi sekarang salam yang betul sikit la.

Tapi yang paling disturbing adalah Poofs! Poofy- poofy hairs!(Bagi sesiapa yang tak tahu, search saja Amy Winehouse atau Snookie kat net tu. Wa~ Kalau setakat updo minimal ok tau. Ni updo maxi sey! OTT!(over the top!). Kalau lelaki ada floating caps, perempuan pun boleh banggakan poofy hairs. Haa~ I tak mahu letak dalam golongan ape pasal i bukan nak stereotype sesiapa. Tapi makin menjadi- jadi ni! Guys love the original us. Nak tinggi- tinggikan rambut tu, very the poofy buat apa? Nak add height? Eh kecik kan cute. Nak kata ikut fashion(walaupun i bukan pro), ikut la guide kat majalah- majalah. Affordables ones seperti Women’s Weekly, Cleo, mungkin Elle atau Vogue? Ada banyak lagi majalah di pasaran. Internet, fuh! Berlambak!


The OTT updo;



Budak- budak tu, macam nak lawan siapa punya rambut paling tinggi. Sakit wei mata tengok makin tinggi makin tinggi. Bukannya klip ke getah boleh support kan. Yang tinggi- tinggi tu konfem- konfem perlu hairspray ke mousse ke wax ke cream atau paling hardcore, clay. “Girl amaciam?”. “Baik sis baik~, chey rambut maintain nampak macam hari tu”. “Biasa uh~ Aku guna clay, cuci sepuluh kali pun tetap maintain”. *tepuk dahi!* Tu contoh ok. Harap- harap di dunia yang nyata ni, tak ada la case gitu. Botak kepala sey.

Tapi bagus juga eh ada perempuan rambut poofy- poofy gini. Ada spiderweb, boleh kebaskan. Rokok contra, boleh selitkan. Handphone curi, boleh sembunyikan. Benda- benda susah nak slip off kalau da dekat dalam. Macam ada netting gitu, unlike floating caps, buka topi je nasi lemak terjatuh.


The RIGHT updo;







Wednesday, July 14, 2010

Ngada- ngada punya budak kecik~ Ish! Seeeepoilt!

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

“Mak nak game ni. Eh taknak- taknak. Nak yang tu. Eh alamak. Nak ni ngan tu boleh? Pleeeease~”

I terdengar waktu jalan- jalan kat mall. Ewah budak ni~ Ngada- ngada pula. Tak dapat game, mati ke? Dulu time mak bapak kita kecik- kecik, tak ada ni semua la. Dia orang main apa? Main guli, main congkak, main tarik- tarik guna daun kelapa, main wau, main lumpur, main banjir, main bawah ketiak mak. Kalau dapat sen, beli cokelat yang dari kotak Tora ataupun apa tu kotak cokelat lagi satu, yang warna biru gelap?(I need help here), untuk dapat mainan pasang sendiri.

Tengok budak tu. Dia pujuk mak dia untuk belikan dia video game. Patut la kecik- kecik da rabun. Cermin mata tebal pula tu. Duduk depan computer banyak la ni. Mm.. Bukan setakat tu. Montelnya dia~ I macam nak cubit- cubit je. Cuba campak dia kat kampong. Menangis agaknya dia. Hey kampong pun da kira ok tau. Cuba da besar nanti, Perkhidmataan Negara(National Service), menangis agaknya bile kena outfield. Back to the story, im ok with mainan sekarang, tetapi budak- budak sekarang ni betul da ambil kesempatan habis- habisan da. Mak bapak pun ada yang dengar cakap si kecik. Mak bapak yang terlebih manjakan anak, ada da salah guna kuasa. Kalau “Habiskan homework dulu baru boleh main game.” Ok juga kan. Macam threaten gitu. Tapi yang ada “Kalau baby mama pass, mama belikan game.” Ouh so the salah. Very the salah. Nak umpan- umpan, janganlah umpan dengan game ke makan ice- cream(ice- cream sekali sekala ok). Tapi game tu, kalau diumpannya satu game ke satu subjek, tak berlobang kocek tu? Adoi~

Sebenarnya, mainan dulu- dulu ni, lagi best. Dulu- dulu ni pun termasuk mainan tradisi. Sebab ia menggunakan kreativiti dan tak membazir duit. “Mana kau dapat mainan tu ha?”. “Oh. Aku buat sendiri. Nak aku tunjuk kau bagaimana?”. Senang kata, mainan dulu- dulu ni sesiapa pun boleh ada, cuma nak taknak usaha je.I ni bukannya pro nak blog mengenai hal ni sebab i sendiri budak 90-an, very the awal 90-an. Haa~ Time i, brickgames, popular. Computer pun ada- tapi time i computer idiot dulu, bapak yang main game kat computer, selain buat kerja dia. Mak pun taknak la manjakan i dengan kakak sangat dengan mainan.

So, mak ajar kita menggunakan benda- benda yang senang didapati;

- nak loncat- loncat?- sambung getah banyak- banyak, da jadi skipping rope

- nak extra height?- tape kedua- dua hujung skipping rope tu ke dua buah tabung plastic ataupun tin susu cap teko kosong

- nak main ski?- slip on je plastic lauk tu. Kalau tak pun tabur bedak bayak- banyak kat lantai

- nak masak- masak?- Tupperware mak kat dapur yang jadi sasaran, Bukan setakat tu. Botol, sebagai rolling pin untuk roll pasticine and kalau mak tak tengok, alat roti kirai mak yang warna kuning tu, bawak masuk ke bilik air ketika nak mandi. Cool pe tengok air flow out dari alat berlobang- lobang tu. Hhe

- nak main layang- layang?- tak payah beli. Bapak boleh ajar macam mana nak buat menggunakan tracing paper cake mak dengan lidi penyapu.

I tak tahu sangat pasal mainan buatan sendiri budak lelaki pasal adik lelaki i muncul bila i da besar and bapak pun suka manjakan dia dengan mainan yang dibeli.

I guess budak- budak awal 90-an ni pun bernasib baik juga. I tak tahu la pasal budak sebaya i, but i really consider myself lucky. Mungkin kerana keluarga i, mungkin kerana sekolah rendah i. They each played a part in making me more concern about the less fortunate kids. Seperti diperrtengahkan tadi, mak i ajar cari benda- benda yang senang dicapai. Kadang- kala, i suka tidur rumah nenek, sebab rumah nenek ada congkak dan batu serembat. Larut malam tu, dapat la i main congkak dengan tok atau nenek, selain dapat minum milo panas dan makan kuih- muih buatan nenek. Hhe. Yang i tak pass- pass ni, capteh dan takraw. Nampak sah la kaki i ni bukan untuk games. Hhe. Da la kaki bangku. Lol. Sekolah rendah i, banyak menitik berat tentang nak dikatakan banyak hal juga la. Salah satu daripadanya adalah asal usul. Hhe. So you can guess that one of my favourite subjects apart from Physical Education, adalah Social Studies. Ok ok. Haa. Mula i darjah satu, kami telahpun dibawa ke Sports Museum. Waktu tu di dalam National Stadium. Kami belajar mengenai atlit- atlit Singapura dan dibawa ke permainan zaman silam. Wah syioknya dapat main besi tayar basikal tu! Da tu dapat bawak balik benda kuti- kuti yang berwarna- warni! Hhe!

Haa. Fun kan? Fun kan permainan dulu- dulu? Lagi kreatif dan mencergaskan badan dan minda. Like they say “Hidup cergas, otak pun cerdas,”(teringat baju Usop Sontorian mak belikan dulu) Tu baru cerita sedikit je. Nak cerita lagi pasal pengalaman i, sampai esok pagi baru habis. Hhe. Orang- orang yang kat luar tu lagi banyak cerita.

Sampai di sini saja la. So late already. Tak reti nak tidur ke~

Sunday, July 11, 2010

Redirect yourself, yo!

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

Hello! We have moved to " Butterflies Bercakap" on facebook as there is now more then one blogger. Thank you :) Direct yourself and remember to click the LIKE button. Thank you once again :)